Bincangkan
Faktor-Faktor Yang Mendorong Nabi Muhammad S.A.W Berhijrah Ke Madinah Pada
Tahun 622 M.
Pendahuluan :
o
Hijrah berasal dari
istilah hajara yang bermaksud pindah. Dalam sejarah Islamiah merujuk kepada
perpindahan Nabi Muhammad dan umat Islam dari Mekah ke Madinah pada 622 M.
o
Dalam konteks lain
bermaksud hijrah daripada zaman Jahiliah kepada Islam.
o
Peristiwa ini
merupakan titik tolak kepada perkembangan Islam lebih meluas.
o
Peringkat awal
hijrah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kaum Quraisy.
o
Peringkat kedua
hijrah secara terang-terangan oleh Umar Al Khattab.
o
Peringkat ketiga
bila Nabi Muhammad bersama Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur
seterusnya sampai di Madinah pada 12 Rabiulawal 622 M.
Isi-Isi Penting :
Faktor-faktorPenghijrahan
:
Bai’ah Al-Aqabah :
o
Faktor asas yang
memulakan hijrah kerana dalam Aqabah 2 terdapat jemputan dari pemimpin Madinah
agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. Dalam ikrar itu mereka berjanji untuk
berjuang bersam-sama Nabi dan mempertahankan Nabi. Nabi merasakan masanya telah
tiba bagi umat Islam untuk keluar dari Mekah.
Tekanan Yang Semakin Meningkat Di
Mekah :
o
Keadaan di Kota
Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam
kerana setelah 13 tahun baginda berdakwah pelbagai penentangan yang diterima.
Suasana di Mekah itu menggambarkan bahawa lama kelamaan keadaan Islam semakin
tertekan.
Umat Islam Semakin Menderita :
o
Tindakan
kaumQuraisy semakin hebat. Penyeksaan keatas golongan hamba semakin berleluasa.
Malah Nabi sendiri sering menjadi mangsa penyeksaan mereka. Pada 617 hingga 620
M seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan daripada segi sosial,
ekonomi dan politik. Mereka dilarang berurusan dengan masyarakat Mekah kecuali
musim haji. Umat Islam mengalami penderitaan dan ujian yang sangat getir.
Kegagalan seruan ke Taif :
o
Nabi Muhammad dan
hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba menyampaikan Islam ke Taif namun
dihina dan diejek dan dilontar dengan batu. Pemimpin Bani Thaqif mempunyai
hubungan baik dengan pemimpin Quraisy Mekah.Kegagalan Nabi memberikan gambaran
yang pengaruh Quraisy sangat kuat di Taif. Oleh itu Nabi Muhammmad perlu
mencari destinasi lain.
Kejayaan di Habsyah :
o
Sebelum Saidina
Umar memeluk Islam umat Islam pernah menuju ke Habsyah untuk berlindung atas
saranan Nabi sendiri. Ini kerana Habsyah digelar sebagai bumi kebenaran yang
diperintah oleh Raja Najashi yang terkenal adil. Kejayaan ini memberi harapan
kepada Nabi bahawa kejayaan yang sama akan dicapai di Madinah. Ini disebabkan
masyarakat Hasyah dan Madinah lebih hampir kepada agama langit dan telah biasa
dengan soal-soal ketuhanan dosa dan pahala.
Kematian Dua Tokoh :
o
Pada tahun ke-10
menjadi rasul, Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang paling setia iaitu
isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kaum Quraisy Mekah menjadi
semakin berani untuk bertindak ke atas Nabi. Ini menyebabkan kedudukan Nabi
makin terancam dan terdedah kepada tindakan jahat Quraisy.
Umat Islam Telah Ramai Di Madinah :
o
Kota Madinah
sendiri memang sesuai untuk dijadikan markas gerakan Islam yang baru. Ini
ekoran peristiwa Aqabah dimana orang-orang Madinah telah berikrar dengan Nabi
dan menyebarkan Islam di kalangan keluarga mereka.
Penduduk Madinah Lebih Mudah Menerima
Islam :
o
Penduduk Madinah
sendiri lebih mudah menerima Islam berbanding peduduk Mekah. Ini kerana mereka
lebih hampir dengan agama Samawi. Selain dari itu di Madinah terdapat keluarga
Nabi Muhammmad melalui pihak ibu kepada datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib dari
Bani Najjar.
Kedudukan Madinah Yang Strategik :
o
Madinah mempunyai
kedudukan ditengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman di Selatan dan Syam
diutara. Kedudukan ini membolehkan Madinah menyaingi Kota Mekah sebagai pusat
perdagangan yang baru. Malah kabilah-kabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah
jika ingin berurusan dengan Palestin atau Syam.
Komplot Pembunuhan Ke Atas Nabi :
o
Antara faktor
penghijrahan yang paling penting ialah terdapat pakatan bunuh yang dirancang
oleh kaum Quraisy keatas Nabi bila mereka mendapati umat Islam semakin
berkurangan di Mekah. Pemimpin Quraisy telah mengadakan perbincangan di Darul
Nadwah dan mengambil tidakan nekad agar Nabi tidak sempat berhijrah. Ini
menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat sekiranya terus di Mekah
Wahyu Dari Allah :
o
Faktor segera yang
mendorong Nabi berhijrah keluar dari Mekah ialah wahyu yang diturunkan Allah
dan Surah al Anfal ayat 30 yang memberi peringatan kepada Nabi tentang pakatan
Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi berhijrah.
Kesimpulan :
Hijrah Nabi adalah satu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat
besar dalam sejarah perjuangan Islam.Ia jelas telah membawa banyak pembaharuan
dalam perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting bagi
Nabi dan agama Islam. Penghijrahan ini membawa kepada kemenangan umat Islam
dalam semua bidang